Sunday, March 13, 2011

Tips Turunkan Berat Badan Paling Best

assalamualaikum

saya selalu tercari-cari tips turunkan berat badan yang mudah dan berkesan. banyak jugak yang sy jumpa tp sy rasa tips fatin liyana yang paling best. tak percaya??? sile cekidaut di sini

saya setuju sangat dengan point2 fatin. ramai yang skip meal la, tak mkn nasik tp mkn biskut la. kadang2 kita nk turunkan berat badan tp tersilap cara dan akhirnya berat semakin bertambah. 

jd, kesimpulan yang sy nk buat skrg:

1. mkn je mcm biasa, breakfast, lunch n dinner
2. kurangkan portion setiap meal tu.
3. jauhi makanan ringan (sy mmg tak minat)
4. minum air byk2
5. bykkan bergerak (sy mmg tak suka duduk saja di meja)

jom kita tgk lepas 6 bulan dapat tak berat badan idaman. kalau ikutkan saya cuma perlu turun 2 kilo saja lg, tapi bercita2 nk turunkan lg extra 3 kilo supaya bole fefeeling eva mendes giteew...auwwww

Potty Training - Day 1 and 2

Assalamualaikum...

Day 1

setelah sekian lama bertangguh, finally this weekend waldan telah dipaksa rela untuk pegi 'buat bisnes' dalam bilik air. pagi2 lg dh mandikan waldan, around pukul 8 mcm tu. setiap 5 minit  ni la conversation kami:

bonda: nk 'cing' tak, nk 'yak' tak? 
waldan: geleng2 je belum lg. 
bonda: kalau nk 'cing' buat apa?
waldan: lari cepat2 pegi toilet!
bonda: pandai waldan..

pkl 9 mcm tu tanya lg, tp dia still kata taknak sambil dok main2 tepi tv. tak sampai 5 minit lepas tu tgk dia buat muka pelik sambil tgk lantai. arghhh...sah! terbuang air la tu....waaaaawaaaa...bawak dia gi toilet, cuci2 dia pastu g cuci2 lantai pulak.

lepas tu setiap 5 minit tanya soalan yang sama lg. dia tetap kata belum lg. haiyoh..nk bwk g toilet pun taknak. pkl 10 lebih sikit sekali lagi waldan terbuang air atas lantai...waaaaawaaaaa sekali lagi...ulang lg proses pencucian...huhhuhu...

lepas dah pakai training pant, ulang lg soalan yg sama. dia dok geleng2 kata belum lg. bila tanya kalau nk buang air gi mana, pandai pulak jawab lari gi toilet kan...haih..pkl 11 mcm tu bawak waldan gi toilet, suruh dia buang air. siap buat bunyi shi shi shi..dia pun sama naik sampai muncung mulut2, tapi takde pape pun. baru je sekejap bawak g depan, dia buang air lg atas lantai...ahahah..tatau la nk nangis ke nk gelak ke..sabar je la..ulang lg proses pencucian.

lepas cuci2 semua tinggal waldan kat depan dgn inche suami, sy g memasak la kat dapur. sejam lepas tu tanya gak dia nk g toilet tak. dia kata tanak. dlm 15 minit lepas tu di bgtau kat ayah dia nk g toilet. huhhuhuhu....lega...dah pandai!

lepas dah mkn semua dlm pkl 3 mcmtu waldan dah ngantuk, terus la cepat2 bg pakai diaper.hahaha...tamat la training day 1

Day 2

pagi2 lg mcm semalam terus bg mandi n pakaikan training pant. pastu ulang soalan semalam:
bonda: nk 'cing' tak, nk 'yak' tak? 
waldan: geleng2 je belum lg. 
bonda: kalau nk 'cing' buat apa?
waldan: lari cepat2 pegi toilet!
bonda: pandai waldan..

 setiap 5 minit ulang soalan nak gi toilet ke tak, dan dia pun setiap 5 minit cakap belum lg. mesti dia pun naik tensi asek kene soalan sama je kan.ahahahah...pastu setengah jam/sejam sekali mesti angkut bwk masuk toilet, tp nan hado..takde pape pun terjadi. tataula kenapa dia mcm terbantut je. dlm pkl 11 mcm tu bwk masuk toilet lg sbb dia kata nak 'cing'. tapi tak buang pape pun.haih.kejap je lepas tu, dia pun terlepas la depan tv. waaaawaaaaa again....kenela buat acara cuci mencuci. haiyoh....kenapala dia tanak buang air dlm toilet ni.

lepas tu dia dh tak buang air sampai pkl 2 lebih mcm tu. tgk mata mcm ngantuk je, terusla pakaikan diaper. tamatla training day 2.

rasa2 nya ada la jugak progress utk hari kedua ni. nampak gaya dia mcm dah pandai kawal. takde la sejam sekali nk buang air. bukan senang nk mengajar anak pegi toilet sendiri nmpknya...huhuhuh

Friday, March 11, 2011

Semangat Menguruskan Badan Secara Berkumpulan

Assalamualaikum..

tangan rasa gatal nk update blog ni, tapi mak betul2 tak dan la..asek ada je benda yg nak kene settlekan. tapi kali ni kene juga update. baru-baru ni few of my officemates turut serta join beli 2bmodel. sekarang kami bertujuh la yg dok bersemangat waja amik 2bmodel pagi n tghari. bila ade kawan2 ni mmg best la kan. kami siap plan nk beli penimbang berat digital untuk rekodkan progress penurunan/penambahan berat kami setiap minggu (tapi masih ditunda atas dasar2 tertentu.ahaks). pastu kami juga nk try no carbs diet @ office. selain tu, kami selalu saling kongsi url blog berkenaan penjagaan berat badan. antara yang kami baca is ceritapnut  . progress penurunan berat badan saya setakat ni: masih setia di 50kg, lengan baju dah longgar tp kain kurung moden masih sendat.ahahahaha

    Wednesday, March 2, 2011

    Potty Training

    Assalamualaikum...

    Hari ni sy dah order 7 helai training pants dari Gifts from Heaven. Kalau sempat sampai esok, bolehla start train waldan weekend ni..kalau tak kene la jugak train. dah lama sgt delay training ni. btw, kat bawah ni gambar2 training pants yg sy sudah order..hehe..tidak sabar menunggu parcel ittew.



    mak girang hokeh! walaupun tak dapat soping utk diri sendiri, soping untuk anak pun jadilah. 

    nota kaki: ye..sy mmg shoppaholic.. =p~