Saturday, February 26, 2011

Small Gathering with BFFs

Assalamualaikum...

Semalam me, Mai and Aida bikin small gath @ my house and Aida's. seronok sgt dpt jumpa Mai...setahun lebih dia merantau ke Abu Dhabi ikut husband dia. bila dah ade tetamu harusla tuan rumah bersilat di dapur kan..ahaks. nk buat byk2 mcm tak sempat pulak, bahan pun takde. jdnya masak bihun kari tomyam je la. rasanya mcm dah ok (ahahaha..puji diri sendiri) tp mungkin terlebih masam tomyam kot. aida pulak bwk puding roti bakar..sedap wallaaa! mai harusla bawak segala manisan dari abu dhabi tu..
Dlm pkl 7 lebih mcm tu kami pn gerak ke rumah Aida. Akim gi beli KFC pulak...si Waldan mkn 2 ketul setengah..ahahaha mcm tak pernah jumpa ayam KFC. Lepak2 sampai pukul 10 kot. Pastu kami pun pulang ke pangkal jalan rumah lah...igt nak singgah Uptown jap tapi tgk parking pun dah full. haih tak koser mak nak parking jauh2 pastu menapak pulak kan. Mak cakap kat inche suami, kalo kita nk dtg ke Uptown nih..kita dtg weekdays je lah..

kami2 yang terlibat

BFF lain yang tidak terlibat dalam kejadian ini adalah 
  • Noriza (ada kt Bintulu lg..bln depan she'll be back for good)
  • Mahani (tgh dlm pantang lg rasanya)
  • Rumetku Ainie Lillyana (x reply my sms, mau cekik dia)
  • Wanza (pn x reply my sms. tatau mek ni p mana)
  • Sarah (juga tidak reply sms, mungkin bz)
  • Nesh (lg sebijik tak reply sms)
  • Wani A (she was bz..dentist wooo) 
  • Eiwa (MIA..hehehe) 
p/s - berat sy sekarang 50 kg..5 kg lg to go..cita2 mau tinggi kan.hahaha 

Sunday, February 13, 2011

Sesi Menjatuhkan Pin di Cosmic Bowl Bersama Ahli Kongsi Gelap

Assalamualaikum..
Tarikh Kejadian : 11.02.2011
Masa Kejadian : 12.15 tghari - 2.00 ptg
Tempat Kejadian : Cosmic Bowl, MidValley

********************************
Baru-baru ni my rumet di ofis ni bersembang dgn Kak Ana. Ntah macam mana boleh ke topik bowling pulak. Pastu idea pun mula la datang nk berjimba main bowling hari Jumaat..Nak dijadikan cerita, one of my staff, Rini akan berpindah ke unit lain minggu depan. Kiranya buat farewell party sekali la di Cosmic Bowl tu.
Harga utk 3 games + sewa kasut = RM13. Murah kan? Kitorang pergi 8 orang, main 4 lane..haaa.Merasa kau nk patah tangan. ahaks! jenuh jugak la kami dok nk abeskan 3 games tu.ahaha..btw, bole la tgk gambar kat bwh ni ya. credits to yatie dan ida.
posing dulu..
eksen je lebih ni..hehehe
sebahagian dari ahli kongsi gelap yang terlibat
sebahagian lg ahli kongsi gelap. yg tudung pink tu la rini
2 games je yg sempat main betul2..lg satu dah kelam kabut

Thursday, February 10, 2011

Holiday and Gaining Weight

Assalamualaikum...

Lama btl tak dpt update blog ni..asek bz,bz,bz....kalah perdana menteri..ahaha...btw, last week seminggu dpt blk kg.seronot hokeh...jumaat tgh mlm tu gerak blk aloq staq, selasa turun kube keghie, sabtu blk aloq staq blk, ahad gerak kl.

hari ahad tu hari ini dlm sejarah sungguh...kami gerak kul 2.30 ptg, kul 2.00 pg baru sampai umah.huwaaaaaa...gilos gilos gilos~ kematu montot taw.seb baik la si waldan tak buat perangai. keje dia mkn, joget, tido.ahaks..jammed teruk betul hari ahad tu. merasa la kan..

ini bukan gambar semasa kejadian ya.ahahaha

anyway, sebenarnya nak cerita pasal my new project bersama my bff, aida and colleague, mazidah. kami beli 2b model sebelum raya cina aritu. sorang 3 kotak uols.semangat nk jd model katanya..pengsan! sy dgn mazidah amik strawberry 3 kotak sorang, aida amik kopi je.




kitorang (merujuk kpd sy n mazidah je, aida lum start) start amik 27 hb jan 2011. esok tu timbang turun sekilo.huaaaaa...gile seronot nyah. lepas tu semangat lah kitorang meneruskan rutin minum 2bmodel tu. sepanjang cuti tu sy jaga mkn, tp kurang minum air, sekali blk kl timbang2 naik 2 kilo balik.huaaaaaa.....apa sudah jd?? mak panik ok! mak panik! tp suar jeans yg sendat tu terasa longgar pulak. semalam msg nuyun, dia suh try kopi pg, tghari strawberry. terus la msg aida, ajak tukar suka sama suka 10 sachets. hopefully menjadi la kali ni. mazidah pulak on the other hand berjaya turun 2 kilo dah. bestnya..takpe2, lepas seminggu nnt kita tgk sy berjaya tak turunkan blk berat ni. kat opis ni rajin sikit minum air masak tu.pastu asek2 nk ke toilet. letih mak. ;p

plan nk toilet train waldan belum terlaksana lg, sebab utama bonda dia tgh malas.ahahah.