Saturday, June 11, 2011

Preparation Sebelum Melancong ke Korea

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak cerita mengenai persiapan saya sebelum menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan 20 Jun ni. Saya beli tiket seawal bulan November tahun lepas sbb Airasia tengah buat promotion masa tu. Kos utk tiket pergi balik untuk saya, inche suami dan waldan hanyalah around RM1700++. itu dah termasuk semua kos sampingan spt seat selection, meal utk 3 org, extra luggage and insurance.

Lepas beli tiket, saya pun mulakan research mengenai accommodation, food, tourist spot dll. saya listkan di bawah ni web/blog/forum yang byk membantu saya:
Duit pun saya tukar sikit-sikit..untuk rate yang bagus, saya suggestkan untuk tukar di ARS MoneyChanger, Jalan TAR. Kalau nak check rate semasa untuk comparison boleh check di sini:

http://wawasanmoneychanger.com.my/exchangerates.asp

Make sure rate yg uols dapat rendah dari wawasan ni, ataupun at least sama. kalau lg mahal dari wawasan ni, sile angkat kaki cari money changer lain ya..

Memandangkan saya akan ke Korea dalam waktu summer, jd saya takde sebarang masalah pakaian. Bole je pakai apa yang kita pakai di sini. Kalau pegi time winter, berpeluh la mau korek tabung ayam beli baju sejuk pulak..aahahahha...kasut mungkin saya akan pakai crocs je untuk keselesaan kaki. orang kata di sana kita akan byk menapak..jd kasut yg vogue, tumit tinggi bagai adalah NO-NO ya...

inche suami pula awal2 lagi dah ajak saya gi ke uptown untuk beli bag sandang sorang satu mcm mat saleh selalu bawak time travel tu..bukan apa, mudah sikit untuk kitorang yg bawak budak kecik ni.mana nk tolak stroller lagi..oh ya stroller is a must di sana. nnt kalau budak kecik ni letih, dia ngamuk. apa satu pun tak guna nnt.ahahaha..

weekend depan kami akan ke mydin utk beli makanan serba sikit. kene jugak spare sbb budak kecik tu kuat makan. kejap2 lapar..kat korea nun byk yg tak halal dari yg halal. at least time2 dia nak ngamuk tu boleh la sumbat ngan roti gardenia ke.heheheh..

Passport pun dah settle...saya dan inche suami mmg dah ada passport, cuma mau renew saja. pegi buat di Precint 15, Putrajaya. Baik sangat pegawai imigresen kat sana. Lupa pulak mau tgk nama pegawai tu. Dia suggestkan supaya saya renew di kiosk saja utk elakkan queue. Mmg cepat dan mudah. Terima kasih encik pegawai imigresen yang baik hati. Passport inche suami pulak dah tamat since 2001, jd tak boleh buat melalui kiosk sbb takde cip. Kenala buat melalui kaunter. Kebetulan yang attend inche suami adalah suami Linda, staf satu PTj dengan inche suami. Dah siap bayar semua, kitorang pun tunggu nak collect passport. Tak sampai setengah jam pun. Sungguh efisien. Nak lagi efisien, boleh renew secara online di sini:

 
okla..panjang pulak cerita kali ni..nk stop dulu sbb nak pegi sambung research..tunggu update saya ya..

Wednesday, June 8, 2011

Kerja Kahwin dan Tunang

Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog. Semakin hari semakin busy. Letih betulla macam ni..Macam-macam hal yang perlu diuruskan. Anyway, dalam sibuk2 ni pun sempatla jugak berjimba-jimbaan pegi kenduri kahwin sahabat-handai dan balik Penang untuk majlis tunang adik ipar. Gambar ade la dalam sekeping dua je..hehehe...
 
Wedding Adiel & Laili - kami siap sesat2 sementara nak jumpa rumah kenduri.ahaks..nasib baik pegi pun dah kul 3 mcm tu..org tak ramai. bahagia dapat mkn tanpga perlu berasa-asak.
Majlis Tunang Syuhada Izzati - mak telah diminta oleh mak mertua untuk bertugas sebagai juruandam tak profesional.huhuhuh..mak pun apa lagi, bawak balik la beg make up sakti yang ada mcm2 mende tu. mekap syuhada pun lite-lite je sbb nak bg nampak sweet..nak over-over tunggu wedding nnt ya, bakal pengantin.ehehehe..
Wedding Nasrah  - adik angkat zaman sekolah Asma dulu..mmg rapat betul dgn dia dulu. sekarang ni je yg asek tak sempat nk jumpa. sangat happy for her. =)