Sunday, April 24, 2011

Cik Kiah Melawat Cherating Bersama AJK Kelab Q

Assalamualaikum, sorry ya sbb sudah sgt lama tak update ini blog. Mak ni mmg bz. Kali ni nak cerita salah satu aktiviti yang menyebabkan mak bz 2-3 menjak ni. Baru-baru ni Kelab Q kat office ni buat survey utk ahli2 pilih lokasi Family Day tahun 2011. Paling ramai pilih Cherating. Jadi apalagi, sebagai Cik Kiah pekasam yang berdedikasi, mak pun follow la rombongan AJK Kelab Q turun sendiri ke Cherating utk buat inspection terhadap hotel/resort yang telah kami listkan.

Lokasi Kejadian Pertama: Suria Cherating Beach Resort
Komen: Persekitaran - 8, Bilik - 7 (agak kecik), Kolam Mandi - 7 (kecik tapi takyah pakai bikini bagai), Makanan - 8

Bergambar beramai-ramai adalah harus.hehehe
ni bilik twin sharing mengadap pool.waldan tgh ukur ketinggian siling.ahaks
Cik Kiah dan anaknya yang kebuluran

Lepas dah puas tinjau2 apa yang patut, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. 

Lokasi Kejadian Kedua: Riverside Cherating
Komen: Persekitaran - 6, Bilik - 5, Kolam Mandi - takde, Makanan - tak dihidangkan jd tatau..=p~

Inche Waldan sedang melakukan site inspection
yang ni mcm rumah teres. katil dia batu woooo...
pandangan dari dalam bilik

Lokasi Kejadian Ketiga: Holiday Villa
Komen: Persekitaran - 10, Bilik - takleh tengok sbb penuh, tp dah check dlm website mmg tiptop, Kolam Mandi - 10, Makanan - tak dihidangkan jd tatau..=p~rasanya 10 jugak kot.
Waldan sangat suka dengan ikan2 ini.ahaks
Nampak best kan
bestnya kalau dpt berehat riang kat sini

Ruang yang sangat luas untuk aktiviti telematch

Lokasi Kejadian Keempat: Sanctuary Resort Cherating
Komen: Persekitaran - 7 (agak sesak sbb ramai buat function di situ), Bilik - takleh tengok sbb staf bahagian sales tgh bz (sungguh tak patut ok!), Kolam Mandi - 7, Makanan - tak dihidangkan jd tatau.
Apartment ni standard mcm kat PD la lebih kurang
pool dia pun boleh tahan

Lokasi Kejadian Kelima: Duta Village Beach Resort
Komen: Persekitaran - 8, Bilik - menurut kata AJK yang masuk tgk, OK mungkin boleh bg 8, Kolam Mandi - 5 (kecik sajork), Makanan - tak dihidangkan jd tatau.
Tu main lobby duta village
ni contoh one of the room
Tu pool dia yang agak kecik mak rasa

Petang tu, sebelum balik kami sempat singgah makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Sedap jugak..Waldan pun suka..hehehehe