Sunday, August 7, 2011

Trip to Korea - Day 1 (21.06.2011) Part 1

Assalamualaikum....


Bangun pagi around pkl 4.00 pagi mcm tu untuk solat subuh (waktu subuh di sana around 3.30 pg). Lepas tu try tido balik tapi tak boleh sebab di sana pukul 5 pagi adalah seperti pukul 7 pagi. Huwaaa....kepala weng hokeh.

Pemandangan bangunan cute yang di capture dari dalam bilik kami pada pukul 5.30 pagi
Waldan yang tengah best layan tido sebab sejuk. Bilik tu takde sebarang kipas/aircond pun.
Dapur Lazybird Guesthouse yang comel je..
Pintu terbuka tu bilik Fareer, pintu tertutup tu bilik kami
Ni la bilik kami. Cute je kan..
Fareek, Jackie, Waldan and Inche Suami di ruang tamu Lazybird Guesthouse
Us, in front of Lazybird Guesthouse
Lazybird Guesthouse
Pagi tu lepas mandi, kami makan breakfast  yang disediakan (roti bakar, jam, butter dan kopi). Sempat jugak lepak2 di ruang tamu sambil sembang-sembang dengan Jackie yeah...Jackie yeah tu siap main gitar lagi woo...Then, kami amik gambar sana sini ala2 paparazzi. Jackie yeah ni memang sporting abisla. Sapa2 yang nak singgah dulu semalaman di Incheon sebelum ke Seoul, kami suggest untuk stay di sini. Memang pengalaman yang best dapat bergaul dengan orang Korea secara langsung macam ni.

Sekitar jam 9.30 pagi, Jackie yeah hantar kami ke Airport untuk naik bas ke Seoul.

Tengok tu, Waldan sibuk baca peta.ahahah..
Cerita di Seoul kita sambung di Part 2 pulak ye...

Flying to Incheon - 20.06.2011

Assalamualaikum..

Dalam pkl 11 pagi mcm tu kami dah ada di LCCT untuk proses check-in. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Petugas Airasia mmg helpful. Lepas dah siap check-in, kitorang lepak di Marrybrown dulu. Makan-makan lebih kurang untuk lapik perut. Dah kenyang barula kitorang gerak ke balai berlepas. Waldan dah excited tengok aeroplane. Kejap2 lari gi kat pintu kaca sambil mulut kecoh dok tanya mana satu aeroplane korea dia.ahahaha...penat hokeh mau layan. 



Pukul 1 lebih kurang, kami mula naik kapal terbang. Boleh tahan, penuh jugak. Ramai rupanya orang yang ke Korea haritu. Bila dah terbang, stewardess pun mula hantar makanan. Waldan seronokla dapat Kid's Meal. Ada sosej, oreo, ribena, mini jigsaw puzzle..


Memandangkan perjalanan ambil masa around 7 jam macam tu, adalah agak bosan sebenarnya. Hahaha..Nasib baik ada bawak novel. Bole la isi masa. Waldan pulak dah menggelisah kat tempat duduk dia. Kejap tido,  kejap bangun..


Kami sampai di Incheon sekitar jam 8.30 malam waktu Malaysia (9.30 malam waktu Korea). Suhu sekitar 21' C. Feeling-feeling mcm kat Genting la... Sampai je kami terus terjah Information Counter  dan mintak tlg staf di situ call kan Liz, owner Lazybird Guesthouse. Mula2 call tak dapat. 2-3 kali try still tak dapat. Aiyoh, mak sudah panik wooo..Nasib baik ada bawak printout email dari Liz. Mintak tlg staf kat Information Counter tu call nombor lagi satu. Alhamdulillah dapat. Dalam 15 minit mcm tu husband Liz yang sangat peramah, Jackie yeah (ada cerita kenapa kami panggil dia Jackie yeah...ahahah) pun sampai.


Keadaan di Lazybird Guesthouse memang sangat cozy. Sampai je Liz tunjukkan bilik kami yang selesa. Lepas mandi, kami terus je lepak kat dapur. Makan Maggi!hahaha..Lapar gile kot. Lepas tu sempat masuk FB and check email kejap. Dalam pkl 12 mcm tu kami pun masing2 masuk sarang.ZZZzzzzzzzz......

Monday, August 1, 2011

Saya Telah Menjejakkan Kaki Ke Korea Selatan!

Assalamualaikum.... dah lama betul tak dapat nk update blog ni..balik dari korea aritu kene settle byk kerja, lepas tu malas, lepas tu lupa, lepas tu dah masuk bulan puasa..ahahaha...nnt saya update pelan2 ya...hoho...

Saturday, June 11, 2011

Preparation Sebelum Melancong ke Korea

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak cerita mengenai persiapan saya sebelum menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan 20 Jun ni. Saya beli tiket seawal bulan November tahun lepas sbb Airasia tengah buat promotion masa tu. Kos utk tiket pergi balik untuk saya, inche suami dan waldan hanyalah around RM1700++. itu dah termasuk semua kos sampingan spt seat selection, meal utk 3 org, extra luggage and insurance.

Lepas beli tiket, saya pun mulakan research mengenai accommodation, food, tourist spot dll. saya listkan di bawah ni web/blog/forum yang byk membantu saya:
Duit pun saya tukar sikit-sikit..untuk rate yang bagus, saya suggestkan untuk tukar di ARS MoneyChanger, Jalan TAR. Kalau nak check rate semasa untuk comparison boleh check di sini:

http://wawasanmoneychanger.com.my/exchangerates.asp

Make sure rate yg uols dapat rendah dari wawasan ni, ataupun at least sama. kalau lg mahal dari wawasan ni, sile angkat kaki cari money changer lain ya..

Memandangkan saya akan ke Korea dalam waktu summer, jd saya takde sebarang masalah pakaian. Bole je pakai apa yang kita pakai di sini. Kalau pegi time winter, berpeluh la mau korek tabung ayam beli baju sejuk pulak..aahahahha...kasut mungkin saya akan pakai crocs je untuk keselesaan kaki. orang kata di sana kita akan byk menapak..jd kasut yg vogue, tumit tinggi bagai adalah NO-NO ya...

inche suami pula awal2 lagi dah ajak saya gi ke uptown untuk beli bag sandang sorang satu mcm mat saleh selalu bawak time travel tu..bukan apa, mudah sikit untuk kitorang yg bawak budak kecik ni.mana nk tolak stroller lagi..oh ya stroller is a must di sana. nnt kalau budak kecik ni letih, dia ngamuk. apa satu pun tak guna nnt.ahahaha..

weekend depan kami akan ke mydin utk beli makanan serba sikit. kene jugak spare sbb budak kecik tu kuat makan. kejap2 lapar..kat korea nun byk yg tak halal dari yg halal. at least time2 dia nak ngamuk tu boleh la sumbat ngan roti gardenia ke.heheheh..

Passport pun dah settle...saya dan inche suami mmg dah ada passport, cuma mau renew saja. pegi buat di Precint 15, Putrajaya. Baik sangat pegawai imigresen kat sana. Lupa pulak mau tgk nama pegawai tu. Dia suggestkan supaya saya renew di kiosk saja utk elakkan queue. Mmg cepat dan mudah. Terima kasih encik pegawai imigresen yang baik hati. Passport inche suami pulak dah tamat since 2001, jd tak boleh buat melalui kiosk sbb takde cip. Kenala buat melalui kaunter. Kebetulan yang attend inche suami adalah suami Linda, staf satu PTj dengan inche suami. Dah siap bayar semua, kitorang pun tunggu nak collect passport. Tak sampai setengah jam pun. Sungguh efisien. Nak lagi efisien, boleh renew secara online di sini:

 
okla..panjang pulak cerita kali ni..nk stop dulu sbb nak pegi sambung research..tunggu update saya ya..

Wednesday, June 8, 2011

Kerja Kahwin dan Tunang

Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog. Semakin hari semakin busy. Letih betulla macam ni..Macam-macam hal yang perlu diuruskan. Anyway, dalam sibuk2 ni pun sempatla jugak berjimba-jimbaan pegi kenduri kahwin sahabat-handai dan balik Penang untuk majlis tunang adik ipar. Gambar ade la dalam sekeping dua je..hehehe...
 
Wedding Adiel & Laili - kami siap sesat2 sementara nak jumpa rumah kenduri.ahaks..nasib baik pegi pun dah kul 3 mcm tu..org tak ramai. bahagia dapat mkn tanpga perlu berasa-asak.
Majlis Tunang Syuhada Izzati - mak telah diminta oleh mak mertua untuk bertugas sebagai juruandam tak profesional.huhuhuh..mak pun apa lagi, bawak balik la beg make up sakti yang ada mcm2 mende tu. mekap syuhada pun lite-lite je sbb nak bg nampak sweet..nak over-over tunggu wedding nnt ya, bakal pengantin.ehehehe..
Wedding Nasrah  - adik angkat zaman sekolah Asma dulu..mmg rapat betul dgn dia dulu. sekarang ni je yg asek tak sempat nk jumpa. sangat happy for her. =)


Sunday, May 1, 2011

New York New York Deli

Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya bersama inche suami dan lil' wally berkesempatan mencuba nasib makanan di New York New York Deli One Utama..Sebelum ni asek lalu lalang je sebelah kedai ni..tiba-tiba inche suami tanya nak try tak? hoho..opkos mak mau hokeh..*mode girang* ngeeee....

pada pendapatan pendapat saya yg mmg food lover ni, makanan dia mmg menarik. simple tapi menarik. ambience pun best. staff pun friendly. takyah cakap byk, silalah enjoy gambar-gambar kat bawah okay?

ni entrance dia, tapi kitorang x amik gambar pun..gambar ni credit kepada http://www.sloppychic.com/
tgk tu waldan sungguh happy dapat pinggan mangkuk sendiri..ahaha
Ais kosong percuma!
mine - orange juice je.. his - coffee float.
ape name kah mknan ini..sorry tak igt..tapi ade pisang goreng n buah strawberry, ditenggelami sos coklat yang lazat, ditambah aiskrim vanilla yg menggiurkan..
our main course, seafood platter!
waldan mcm biasa, posing riang dgn belon terikat di tangan.
inche suami punya pinggan..heheh
sudah kenyang bah~
Sos yg sgt sedap..peanut butter sauce

Rombongan Cik Kiah ke Pusat Sains Negara - Sesi Beramah Mesra Bersama Encik Dinosaur

Assalamualaikum..

Last weekend saya selaku Ketua Biro Kebajikan dan Kerohanian Kelab Q bersama anak buah telah organize lawatan ke Pusat Sains Negara untuk staf dan keluarga mereka. Ramai jugak yang join rombongan Cik Kiah kali ni.Adala dalam 70 orang ++. Walaupun ada sikit hiccup sana sini, tapi program kali ni boleh dianggap sukses..Alhamdulillah...Sila la tgk gambar ya, malas nak cerita panjang.. =p~

Waldan tgh cuba buat pose ala artis
Encik T-Rex yang telah mencuakkan Waldan
Us
Eh..eh..sama mcm mainan kat klinik Waldan la...
Waldan dgn Encik Robot
Encik T-Rex yang macho dan ganas
Waldan dh start nak menjerit sbb byk sgt dinosaur.ahaha
haa...ni la sebahagian dari rombongan Cik Kiah